Kau, Aku Dan Serakah Sebuah Perahu
Dalam ribut nafsu ada deru dalam darahmu
kau tambatkan serakahmu di muara hati
konon akulah pantai, dan perahumu tersadai
bercempera hala tuju kerana robek layarnya.
Lalu kita samakan hidup itu pelayaran
yang cukup jenuh, yang perlu berlabuh
membaca pecah ombak, menyukat gelora angin
songsang arus menghanyutkan kita kembali
ke tengah laut akal, yang melemaskan nilai
lalu bercanggahnya budi, pintanya tanpa jemu
Kau, aku dan serakah sebuah perahu
Di sebalik hujan hati ada tangis dalam rindumu
kau gugurkan cemasmu di hujung sangsi
konon akulah teruna, dan kau dara yang setia
bertukan rindu kerana indahnya janji.
Lalu kita samakan hidup itu penantian
yang amat sementara, yang perlu berbicara
menggenggam pasir pantai, mendengar rahsia angin
perahu usang tersadai lama kita bersama
ke puncak berahi, yang berpaut ajakan
lalu tersukatnya nikmat, puasnya tanpa malu
Kau, aku dan serakah dalam perahu.
Kau dan aku masih dilambung ombak zaman
pantai landai berpinggir pertanyaan, mendebarkan
layar semakin robek, perahu hidup semakin renta
dan rindu masih bermimpikan pertemuan kelmarin
diam alam yang disambar sayap camar
lembayung senja yang beigut memukau
riangnya wajah-wajah kita tersiram basah
dan pantai itu jadi kenangan, menyayat gundah
Kau, aku dan serakah perahu yang indah.
Wakut surut laut, timpas dalam diriku jua
kau tagihkan janjimu di puncak nikmat
kerana cinta itu lukisan ala, terukir senyuman
lalu tersimbah warna merah dan rintihan petang
seperti menggamit sumpahan janji, pesanan luka
sedang darah masih mengalir hangat di pembuluh
bumi turut menggigil, sekejap langit pun muram
kita bersatu sama senja, bermukah dengan malam
terdengar ceriau unggas kehilangan sarangnya
ternampak sayap camar patah di kaki langit
suara nafsu sudah tidak terpedulikan lagi
kata cinta sudah tidak berlapiskan makna.
Kalau ada yang sempurna hanyalah tangisan
Kalau ada yang bersalah hanyalah penyesalan
Kalau ada yang berombak hanyalah harapan
Kalau ada yang tersidai hanyalah sejarah pantai
Kau, aku dan serakah sebuah perahu.
-

highlight of the week;
*Caught two movies with Hero Bacin in a day, which is watching another movie as soon as the first one ended.
-John Tucker Must Die
&
-Stay Alive (scary piece of fucking shit, but somehow I freaking like the part when October said to Countess Elizabeth, "GOD FUCK YOU, BITCH." hahhahahhahaahha I likee. I don't know why.)
And I understand that every life comes to an end.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home